Van Gaal Yakin Giggs Bakal Urus Man United Selepas 2017

Diterbitkan: Ahad, 26 April 2015 8:38 PM

Giggs (kiri) bersama Van Gaal.

(Ubah saiz teks)

LOUIS van Gaal mendedahkan Ryan Giggs dalam proses untuk menjadi bos Manchester United dalam tempoh dua musim lagi.

Pengurus dari Belanda itu melantik Giggs sebagai pembantunya selepas dia mengambil alih tugas utama di Old Trafford daripada David Moyes yang dipecat.

Selepas pemecatan Moyes, Giggs menguruskan skuad buat sementara waktu dalam empat perlawanan terakhir yang mencatat dua kemenangan, satu seri dan satu kalah sebelum Van Gaal dilantik secara rasmi pada Julai lalu.

Giggs sudah menjelaskan bahawa dia mahu menjadi pengurus United lagi satu hari nanti, dan tidak mensia-siakan peluang menambah pengalaman serta kemahiran ketika bekerja bersama Van Gaal sekarang.

Malah Van Gaal yang hampir sepuluh bulan menguruskan United ini percaya Giggs akan berjaya menjadi pengurus selepas kontraknya tamat tempoh tamat pada 2017 nanti.

"Pada masa ini saya memegang tanggungjawab sebagai pengurus dan Giggs mempunyai tugas yang perlu dilaksanakan sama seperti jurulatih lain.

"Giggs menjalankan tugas dengan baik dan saya jangkakan dia akan menjadi pengurus apabila saya meninggalkan kelab ini kelak," jelas Van Gaal.

Tags / Kata Kunci: Louis van Gaal , Ryan Giggs

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan