Liga Super: Perak Menang Tipis Ke Atas JDT

Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2015 11:58 PM

Pemain pasukan JDT Mohd Safee Mohd Sali mencetuskan kekecohan ketika menentang Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Perak Jumaat malam. Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Perak kembali meraih kemenangan selepasmelakar kejutan dengan menundukkan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-1pada aksi tunggal Liga Super di Stadium Perak, di sini, Jumaat malam.

Keputusan tersebut menyaksikan Perak naik satu anak tangga untuk berada di kedudukan kelima liga, berkongsi 14 mata dengan Terengganu namun berkelebihan jaringan.

Namun kedudukan tersebut dijangka berubah apabila Terengganu menentang Polis Diraja Malaysia pada aksi kesembilan liga di Stadium Shah Alam, Sabtu.

Pada aksi malam ini, kedua-dua pasukan saling mengasak bagi memburu gol awal namun JDT lebih bernasib baik apabila pemain pertahanan, Junior Eldstal meledak gol pembukaan menerusi rembatan kencang pada minit ke-24 dan keputusan itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama.

Bersambung separuh masa kedua, Perak kembali meneruskan asakan bagi memburu gol penyamaan dan hasilnya, Muhd Nurridzuan Abu Hassan Saari mengikat kedudukan 1-1 selepas menjaringkan gol pada minit ke-48.

Skuad 'The Bos Gaurus' bertambah selesa selepas penyerang import dari Brazil, Charles Chad Souza menjaringkan gol kemenangan pasukan tuan rumah, selang dua minit kemudian.

Kedua-dua pasukan terus mengasak kubu masing-masing namun gagal menambah jaringan sehingga berakhirnya perlawanan.

Tags / Kata Kunci: Liga Super , Perak , JDT

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan