Jordan Henderson Tandatangani Kontrak Baharu Dengan Liverpool

Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2015 8:03 AM

Jordan Henderson -foto Twitter Liverpool FC

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL mengesahkan bahawa pemain tengahnya, Jordan Henderson telah menandatangani kontrak baharu dengan kelab itu.

Henderson, yang dijangka menggantikan Steven Gerrard sebagai kapten Liverpool untuk musim depan, sebelum ini telah dikaitkan dengan potensi perpindahan ke Chelsea tetapi kini telah memperolehi tempat yang selamat untuk masa depannya.

Pemain antarabangsa England ini telah menandatangani apa digambarkan kelab ini sebagai kontrak 'jangka panjang' bernilai £100,000 seminggu menurut laporan.

"Saya gembira akhirnya semua telah selesai," katanya kepada laman web rasmi kelab itu.

"Sekarang, buat sementara waktu terdapat cakap-cakap tentang hal ini. Ia adalah berita yang sangat baik bagi saya melibatkan masa depan saya dengan kelab bola sepak ini. Saya benar-benar merasakan sekarang adalah masa yang baik untuk kita terus melihat ke hadapan demi masa depan, dengan skuad sedia ada, pengurus, saiz kelab dan peminat. Saya telah berfikir, dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kita boleh memberikan cabaran dan mula memenangi trofi.

"Itulah fasa seterusnya, kita telah menunjukkan peningkatan memberangsangkan sejak beberapa tahun lalu, dan saya rasa fasa seterusnya adalah untuk kita mula memberi cabaran untuk meraih trofi dan kejuaraan."

Henderson menyertai Liverpool dari Sunderland pada Jun 2011 dan pada satu tahap, Brendan Rodgers cuba menggunakannya sebagai umpan untuk menandatangani Clint Dempsey dari Fulham.

Tetapi persembahannya dalam dua musim lalu sangat hebat dan pengurusnya dilihat memberi penghormatan kepada Henderson selepas pengesahan perjanjian itu.

"Komitmen jangka panjang untuk bersama Liverpool menunjukkan bahawa ia sebagai tanda kepercayaannya dengan kelab dan apa yang dicari-cari oleh kelab," kata Rodgers.

"Saya amat teruja mengenai masa depan kami dan apa yang boleh dicapai secara bersama dalam satu pasukan; pengumuman hari ini merupakan satu lagi langkah positif yang penting.

"Pemilik komited untuk mewujudkan satu pasukan yang boleh berkembang, menunjukkan peningkatan dan akhirnya mencapai kemenangan. Kami telah melihat beberapa pembaharuan kontrak yang sangat penting musim ini dan saya yakin, di bawah pengawasan Ian Ayre, kita akan melihat komitmen seterusnya dibuat dan bakat yang lebih menarik diperolehi dan ditambah dalam skuad kita. "

Daniel Sturridge dan Philippe Coutinho juga telah menandatangani kontrak jangka panjang dengan Liverpool musim ini.
Tags / Kata Kunci: Jordan Henderson , Liverpool

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan