Suka Atau Tidak United Ada 6 Wakil Dalam Liga Juara-Juara

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 9:40 PM

(Ubah saiz teks)

WALAUPUN Manchester United tidak bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini, tetapi ia masih boleh berbangga kerana terdapat sekurang-kurangnya enam pemain yang pernah dikaitkan dengan kelab itu akan terus bermain di peringkat separuh akhir nanti.

Paul Pogba.

Mengakhiri musim lalu di tempat ketujuh liga, United di bawah David Moyes menyaksikan mereka terlepas persaingan di kalangan elit Eropah buat pertama kalinya musim ini dalam tempoh 19 tahun.

Tetapi siapa sangka, walaupun kelibat United tidak kelihatan, namun ia masih mempunyai 'wakil' menerusi enam pemain yang pernah bermain mewakili kelab gergasi Inggeris itu.

Patrice Evra.

Bekas kapten United, Patrice Evra yang kini bermain untuk Juventus akan beraksi di peringkat separuh akhir nanti selepas mereka menewaskan Monaco di suku akhir. 

Malah bukan dia seorang dari Juventus yang mempunyai kaitan dengan United sebaliknya ada dua pemain lagi yang pernah mewakili United kini bermain untuk juara Itali itu. Mereka ialah Carlos Tevez dan Paul Pogba.

Carlos Tevez.

Dalam pasukan Barcelona iaitu sebuah lagi kelab yang turut mara ke separuh akhir, United juga turut mempunyai 'wakil'. Pemain itu adalah Gerard Pique. Pique bermain selama lima tahun bersama United sebelum kembali ke kelab asalnya itu.

Namun 'wakil tetap' United yang akan beraksi di separuh akhir nanti tidak lain dan tidak bukan penyerang Mexiconya, Javier Hernandez yang dipinjamkan selama semusim kepada Real Madrid.

Gerard Pique.

Hernandez adalah pemain yang bertanggungjawab membawa kelab gergasi Sepanyol itu ke separuh akhir selepas jaringan tunggalnya dua minit sebelum permainan tamat membolehkan Real menumpaskan Atletico Madrid 1-0 di suku akhir.

Tidak cukup dengan itu, pemain yang mengumpan bola kepada Hernandez atau lebih dikenali dengan gelaran Chicarito untuk dia menjaringkan gol tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah seorang lagi bekas pemain United, Cristiano Ronaldo.

Javier Hernandez.

Chicarito dan Ronaldo akan bergandingan untuk memastikan mereka dapat membawa bendera United ke final dan sekaligus mempertahankan piala yang mereka menangi tahun lalu itu.

Real adalah juara bertahan Piala Eropah.

Cristiano Ronaldo.

Hanya Bayern Munich sahaja menjadi satu-satunya pasukan separuh akhir yang tidak mempunyai 'wakil' atau bekas pemain United tetapi itu tidak bermakna mereka terlepas atau bebas dari bayang-bayang United. 

Ini kerana bekas pengurus mereka, Louis van Gaal kini adalah pengurus Manchester United. 

Perlawanan akhir Piala Eropah nanti akan berlangsung di Stadium Olimpik Berlin, Jerman pada 6 Mei depan.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan