Jose Mourinho Tidak Hiraukan Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 9:01 AM

Mourinho bersama anaknya, Junior ketika menyaksikan perlawanan antara Fulham menentang Porto.

(Ubah saiz teks)

JOSE MOURINHO yang merupakan seorang jurulatih terhebat dunia tidak menghiraukan perlawanan tumpuan antara Real Madrid menentang Atletico Madrid dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, lapor Daily Mail Online.

Pengendali Chelsea itu sebaliknya kelihatan lebih berminat untuk menonton perlawanan melibatkan skuad bawah 21 tahun (B-21) antara Fulham menentang Porto.

Ketika menonton perlawanan melibatkan bekas kelab yang pernah dibimbingnya iaitu Porto, Mourinho turut ditemani anaknya, Jose Junior.

Dalam perlawanan Piala Liga Perdana Antarabangsa itu, Fulham tewas 0-3 kepada Porto hasil jaringan hatrik Leandro Silva.

Tidak sekadar menjadi penonton, Mourinho turut sempat bergurau dengan kedua-dua pasukan untuk memberi semangat kepada bakat muda.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan