Liga Juara-Juara Eropah: Bayern, Barcelona Mara Ke Separuh Akhir - Bola Sepak | mStar

Liga Juara-Juara Eropah: Bayern, Barcelona Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 10:35 AM

Pemain-pemain Bayern memberi penghormatan kepada penyokong-penyokong mereka sebaik sahaja perlawanan menewaskan Porto berakhir.

(Ubah saiz teks)

BAYERN Munich menang bergaya 6-1 ke atas Porto pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah di Allianz Arena awal pagi Rabu.

Kemenangan itu sekaligus membawa skuad Pep Guardiola ini mara ke separuh akhir dengan agregat 7-4 ke atas Porto.

Pada perlawanan tersebut, lima gol berjaya direkodkan dalam aksi separuh masa pertama dengan jaringan pembukaan menerusi Thiago minit ke-14, Boateng 22', Lewandowski 27',40' dan Mueller minit ke-36.

Manakala gol saguhati Porto dijaringkan pada minit ke-73 oleh Martinez.

Alonso melengkapkan kemenangan Bayern dengan jaringan keenam pada minit ke-88 permainan.

Dengan kekalahan tersebut, Porto gagal mempertahankan rekod tanpa kalah saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini selepas mencatat enam kemenangan dan tiga seri setakat ini.

Manakala Bayern Munich menjadi pasukan paling banyak mencatat jaringan gol (30) dalam aksi musim ini berbanding dengan pasukan lain.

Selain itu, Barcelona turut mengiringi Bayern ke kelompok empat pasukan terakhir selepas mengalahkan Paris Saint-Germain 2-0 di Nou Camp.

Kedua-dua gol Barca itu dijaringkan oleh penyerang kelahiran Brazil, Neymar pada minit ke-14 dan 34'.

Dua lagi aksi suku akhir kedua akan berlangsung awal pagi Khamis melibatkan AS Monaco bertemu Juventus dan Real Madrid menentang Atletico Madrid.

Tags / Kata Kunci: Liga Juara-Juara Eropah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan