Piala FA: Laluan Pahang Masih Berliku - Zainal Abidin

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 1:58 PM

Zainal Abidin mahu anak buahnya lebih fokus menjelang perlawanan bertemu Pulau Pinang pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Skuad Tok Gajah tidak mahu terlalu yakin dapat melangkah ke separuh akhir Piala FA berdasarkan prestasi semasa pasukan Pulau Pinang pada masa kini.

Pengendalinya, Zainal Abidin Hassan berkata, kemenangan 2-0 Pahang ke atas Pulau Pinang pada aksi suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur 7 April lalu tidak menjamin untuk ke peringkat seterusnya.

"Sudah tentu kami mahu mempertahankan trofi yang dijulang musim lalu. Namun kami sedar bahawa laluan untuk ke final bukan mudah.

"Walaupun kami membawa bekalan 2-0 ke tempat lawan pada Rabu, ia tidak menjamin apa-apa memandangkan prestasi Pulau Pinang meningkat mendadak.

"Saya yakin Pulau Pinang akan bangkit mencari mata di tempat sendiri, ditambah pula dengan semangat penyokong-penyokong mereka yang hadir," jelasnya kepada mStar Online pada Selasa.

Mengenai persiapan skuadnya berdepan dengan The Panther ini, Zainal Abidin berpuas hati tidak ada pemain yang mengalami kecederaan.

"Selepas balik dari Hong Kong lima hari lalu (perlawanan Piala AFC bertemu South China FC), semua pemain berada dalam keadaan cergas dan bersemangat bertandang ke Stadium Bandaraya.

"Pun begitu, saya tetap mengingatkan mereka agar fokus terhadap permainan dan membaiki kelemahan yang dilakukan sebelum ini.

"Saya tidak mahu lagi mereka mensia-siakan peluang menjaringkan gol malah mental juga perlu kuat," jelasnya.

Dalam pada itu, Zainal Abidin turut mengulas mengenai aksi pemain muda pertahanan kacukan Malaysia-Australia, Matthew Davies bersama skuadnya.

"Pada perlawanan pertama baru-baru ini, dia masih mencari persefahaman dengan pemain-pemain lain.

"Namun situasi itu semakin positif selepas beberapa kali menjalani latihan dan diturunkan sebagai pemain," tambahnya.

Sebagai rekod, tahun lalu Pahang menjuarai Piala FA selepas tujuh tahun dengan menewaskan Felda United (2-1) pada aksi akhir.

Selain aksi Pahang dan Pulau Pinang, enam lagi pasukan yang beraksi dalam saingan suku akhir kedua ini adalah Kelantan bertemu Sime Darby, Perak melawan Terengganu dan JDT II menentang Lions XII.

Tags / Kata Kunci: Pahang , Piala FA suku akhir

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan