Thomas Tuchel Ganti Klopp Di Dortmund - Bola Sepak | mStar

Thomas Tuchel Ganti Klopp Di Dortmund

Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 8:02 PM

Thomas Tuchel menggantikan Klopp di Dortmund.

(Ubah saiz teks)

BEKAS pengurus Mainz, Thomas Tuchel bakal menggantikan Jurgen Klopp sebagai jurulatih di Dortmund musim baharu nanti.

Sebelum ini Klopp membuat pengumuman akan meninggalkan Dortmund sebaik sahaja tamat musim ini.

Klopp mengakui dia bukan lagi orang yang sesuai untuk menguruskan kelab tersebut.

Tuchel masih mempunyai kontrak dengan Mainz sehingga Jun ini dan selepas itu dia akan bergelar jurulatih baharu Dortmund.

"Juara lapan lagi kelab Jerman, Borrussia Dortmund telah melantik Thomas Tuchel sebagai jurulatih baharu bermula 1 Julai 2015. 

"Jurulatih berusia 41 tahun itu akan menerima kontrak selama 3 tahun," jelas kenyataan kelab.

Tags / Kata Kunci: Thomas Tuchel , Borrusia Dortmund
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan