Masalah Kewangan Punca Prestasi Kelantan Merudum - Annuar

Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 8:57 PM

Pemain JDT Alhaji Kamara dan Patricio Rodriguez meraikan jaringan ketika menentang Kelantan pada perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada Ahad. JDT menang dengan 3-1.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU:  Masalah kewangan antara punca prestasi pasukan Liga Super Kelantan merudum, sekali gus gagal bersaing dengan pasukan lain yang menerima pelbagai tajaan besar, kata Tan Sri Annuar Musa.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu, berkata faktor tersebut dikenal pasti telah menjejaskan prestasi sebenar 'The Red Warriors (TRW)' dan keadaan ini akan lebih parah jika tidak diselesaikan segera.

"KAFA kini mula mengumpul hutang yang banyak akibat kos yang tinggi, prestasi tidak dapat menyaingi pasukan tajaan negeri dan kelab berdana besar.

"Keadaan mungkin bertambah parah dan boleh membawa kepada 'tutup kedai', saya akan teruskan usaha sedikit lagi...selepas pembaikan kejurulatihan dan kualiti import, tumpuan kini kepada mental dan fizikal pemain tempatan serta soal kewangan yang sangat tenat," katanya melalui entri laman sosial Facebooknya pada Ahad.

Annuar menasihatkan penyokong TRW supaya bersabar dan sentiasa memberi sokongan kepada pasukan itu tidak kira dalam keadaan susah ataupun senang.

"Nasihat saya agar mereka (penyokong) sabar, ramai yang tidak sedar senario Liga Malaysia sudah berubah kerana bila empat import dibenar beraksi, ia berubah dan kelebihannya kepada pasukan yang kaya.

"Kita cuba ke separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia, kedudukan Liga Super kita cuba baiki lagi...usaha ini sangatlah berat," katanya. 

Sementara itu, beliau berkata pasukannya akan turun dengan barisan pemain terbaik menjelang aksi menentang Sime Darby FC dalam saingan suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, Selasa ini.

"Kita akan turunkan kesebelasan terbaik 2015... Austin Amutu, Gilmar JoseDis Santos Filho dan Erwin Carillo...trio akan berganding kali pertama dengan pemain sayap yang pantas," katanya. 

Selepas lapan perlawanan Liga Super musim ini, Kelantan hanya menjaringkan enam gol dan kini berada di tangga ke-10 dengan tujuh mata, selepas hanya mencatat dua kemenangan dan satu seri.

Tags / Kata Kunci: Kelantan , TWR

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan