Gol Eden Hazard Tewaskan Man United, Chelsea Hampiri Gelaran EPL

Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 7:30 AM

Eden Hazard (kiri) mengawal posisi bola daripada Wayne Rooney (kanan) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Chelsea dan Manchster United di Stadium Stamford Bridge di London, awal pagi Ahad. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

EDEN Hazard membantu memberikan kemenangan kepada Chelsea ke atas Manchester United dengan 1-0, dan kemungkinan juga bagi meraih gelaran Liga Perdana Ingggeris.

Manchester United yang datang sebagai pasukan tetamu di Stamford Bridge untuk menentang Chelsea dengan rekod kemenangan di Liga Perdana Inggeris ternyata gagal meraih jaringan.

Pasukan itu terpaksa menerima kekalahan di tangan The Blues.

Ramai pemain yang tidak dapat turun padang akibat mengalami kecederaan seperti Phil Jones, Marcos Rojo, Daley Blind dan Michael Carrick, sekali gus memaksa pengurus Manchester United, Louis van Gaal mengubah corak permainan. 

Van Gaal mengembalikan Wayne Rooney ke posisi tengah dan menempatkan Radamel Falcao sebagai tunjang utama.

Kesannya, permainan Manchester United tidak sebaik dalam permainan sebelum ini.

Bagaimanapun, kelab The Red Devils itu tetap mampu menjejaskan pertahanan Chelsea beberapa kali.

Chelsea berjaya mengungguli kemenangan ke atas Manchester United pada minit ke-38 menerusi gabungan padu Francesc Fabregas, Oscar, dan Eden Hazard.

Kerjasama ketiga-tiga pemain ini berjaya meraih gol menerusi sepakan Hazard yang membolosi gawang yang dikawal David De Gea.

Keunggulan Chelsea ini membuat Manchester United terus melancarkan serangan. 

Namun, menghadapi The Blues di tangani Jose Mourinho yang dikenal dengan pertahanan pasukannya menyebabkan usaha The Red Devils selalu gagal dalam meraih hasil sehingga ke akhir permainan.

Kemenangan ini membuat Chelsea semakin kukuh pada kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan 76 mata. Manchester United masih tetap bertahan pada posisi ketiga dengan 65 mata yang memanjangkan rekod buruk mereka di Stamford Bridge apabila menjadikania sebagai kegagalan yang ke-15 dalam 17 perlawanan di kubu The Blues.


Tags / Kata Kunci: Eden Hazard , Manchester United , Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan