Pemain Brazil Jual Pingat Juara Piala Dunia Demi Dadah

Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 9:58 AM

(Ubah saiz teks)

SAO PAULO: Bekas pemain kebangsaan Brazil, Paulo Cesar mengaku menjual pingat juara Piala Dunia yang dimenanginya pada 1970 untuk membeli kokain.

"Saya tidak dapat menahan perasaan dan tidak sepatutnya menjual pingat yang sangat berharga itu.

"Ia merupakan kehilangan besar kerana pada masa itu benda yang paling penting bagi saya adalah kokain dan pingat itu tidak begitu penting.

"Saya tidak pernah memberitahu sesiapa mengenai perkara ini tetapi sekarang saya sudah bersedia untuk mengakuinya," kata Cesar.

Cesar mula mencipta nama semasa beraksi bersama pasukan Botafogo sekitar tahun 1960 sebelum bermain bersama beberapa lagi kelab terkemuka di Brazil seperti Flamengo, Fluminense, Gremio, Vasco da Gama, dan juga Corinthians.

Pemain itu sudah terjebak dengan dadah dan alkohol selama 17 tahun dan kehilangan tiga tempat tinggal di Rio akibat ketagihannya.

Ketagihannya bermula di Perancis semasa dia beraksi bersama pasukan Marseille pada tahun 1974 dan keriernya berakhir pada tahun 1983 di Aix-en-Provence.

Dia juga menerangkan doktor yang merawatnya semasa di Perancis memberitahu bahawa kesihatannya akan terjejas sehingga boleh membawa maut sekiranya dia tidak mengubah cara hidup.

Cesar yang bermain di posisi tengah itu merupakan pemain simpanan yang tidak digunakan semasa perlawanan akhir Piala Dunia menentang Itali di Bandar Mexico.

Cesar memulakan dua daripada tiga perlawanan dalam peringkat kumpulan dan membuat dua penampilan sebagai pemain gantian tetapi tidak diberi masa bermain pada peringkat separuh akhir, dan final semasa kejohanan Piala Dunia itu.


Tags / Kata Kunci: Brazil , Paulo Cesar

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan