United Tetap Kuat Tanpa Empat Tonggak Utama - Mourinho

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2015 6:00 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United tidak akan lemah biarpun tanpa empat tonggak utama mereka menjelang aksi di Stamford Bridge,  jelas pengurus Chelsea Jose Mourinho.


The Blues bakal menerima kunjungan United tanpa kelibat Marcus Rojo, Phil Jones, Michael Carrick dan Daley Blind dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi Ahad nanti.

Mourinho berkata, Louis van Gaal mempunyai sebuah pasukan yang menakjubkan malah bukan menjadi masalah kepada United tanpa pemain-pemain tersebut.

“Saya tidak bersetuju jika ada yang mengatakan mereka akan lemah dengan ketiadaan empat pemain tersebut memandangkan United sebuah pasukan yang sempurna.

“Setiap minggu saya akan melihat pasukan itu beraksi di skrin besar pejabat dan bukannya melihat pasukan yang bakal kami hadapi.

“Kamu mahu saya senaraikan pemain-pemain mereka? Juan Mata, Januzaj, Rooney, Van Persie, Herrera, Carrick, Blind, Fellani... “Pertahanan? Rafael dan Valencia, Luke Shaw bek kiri, Smalling bek tengah...sudah tentu mereka tidak ada Evans dan Jones, tetapi masih ada Blackett, McNair.

"Mereka ada ramai pemain. Van Gaal adalah seorang jurulatih yang luar biasa dalam pemilihan pemain.

“Pemain-pemain mereka terlalu banyak beraksi. Saya pergi ke QPR dengan Drogba baru-baru ini dan melihat tidak ada seorang penyerang pun yang berada di bangku simpanan dalam tempoh lama, kecuali pemain yang cedera atau pun digantung permainan sekaligus situasi itu menjadi masalah kepada kami.

“Kamu perlu terima keadaan itu. Saya sangat mengenali ‘Mr’ Van Gaal dan dia jenis seorang yang akan membentuk pasukan sempurna dan menggunakan apa yang ada,” jelas Mourinho.

Mourinho dan Van Gaal pernah bekerjasama rapat ketika mereka berada di Barcelona lewat 90-an.

“Saya anggap dia adalah kawan rapat saya. Tetapi kini masing-masing ada tugas dan objektif sendiri, jadi kami jarang berhubung. Namun jauh di sudut hati hubungan itu tidak pernah berubah,” tambahnya.

Pun begitu, Mourinho berkata, aksi di laman sendiri nanti membuatkan tugasnya lebih mudah kerana setiap pemainnya seperti terdesak untuk bermain dan amat fokus.

“Manchester United merupakan salah sebuah kelab terkemuka dunia malah antara skuad terbaik dalam Liga Perdana. Semua orang mahu bermain dengan mereka.

“Saya tidak risau dengan aksi minggu ini, malah pemain-pemain tidak perlukan lebih motivasi. Tugas yang mudah dan menganggap ia sebagai jadual perlawanan istimewa dan amat penting.

“Kamu perlu bermain di tempat sendiri serta di tempat lawan. Sikap berjuang adalah motivasi kami yang selalu digunakan setakat ini," jelasnya.

Dalam pada itu, penyerang Juan Mata kembali ke Stamford Bridge buat kali pertama sebagai pemain United selepas berpindah ke Old Trafford Januari lalu dan Mourinho yakin dia bakal memberi saingan yang baik.

“Dia pemain yang mempunyai sejarah dengan kelab ini. Kami sangat menghormatinya dan mengucapkan selamat berjaya. Jika perkara baik berlaku kepadanya, semua orang pasti gembira. Mata seorang yang bijak dan sangat profesional,” kata Mourinho. 

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan