Kevin Ramalingam Mampu Beri Nafas Baharu Arena Bola Sepak Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2015 2:15 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kevin Ramalingam dilihat sebagai pilihan yang tepat apabila dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Football Malaysia Limited Liability Partner­ship (FMLLP) oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kevin mempunyai pengalaman luas dari segi komersial dalam bola sepak, berkhidmat sebagai perunding dalam membangunkan rangka teknikal dan komersial kepada kelab-kelab bola sepak di Malaysia, di Bumibola sejak 2008.

Dia juga pernah memegang jawatan CEO dalam Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dari tahun 2012 hingga 2014, membangun serta menguruskan aspek komersial pasukan negeri itu.

Kevin juga pernah membantu FAM merangka struktur FMLLP dan model penswastaan semasa berkhidmat di Red Card Consulting.

"Selain perjanjian bersama MP & Silva mengenai hak penyiaran,  sayajuga akan mencari sumber yang lain untuk meningkatkan nilai komersial Liga Malaysia.

"Dengan cara ini, kelab-kelab bola sepak di Malaysia juga akan mendapat keuntungan," kata Kevin.

Kevin juga percaya dia mampu mencapai persetujuan dengan kelab bola sepak di Malaysia.

"Saya pernah bekerja dengan beberapa kelab bola sepak jadi saya faham perspektif dan kepentingan sesebuah kelab dan liga.

Tugas pertama Kevin sebagai CEO FMLLP adalah melantik pasukannya sebelum menguruskan Liga Malaysia musim hadapan.

Kevin dan pasukannya akan merancang jadual perlawanan dan slot iklan untuk menjana pendapatan.

FMLLP adalah sebuah syarikat hak media antarabangsa yang ditubuhkan oleh FAM dan MP & Silva.

Syarikat tersebut akan mula menguruskan Liga Malaysia pada 2016.

FAM dan MP & Silva bersama-sama dengan pasukan dari Liga Malaysia akan menjadi pihak berkepentingan dalam FMLLP bagi menguruskan hak penyiaran dan komersial liga.

Menurut pengumuman yang dibuat oleh FAM Januari lalu, MP & Silva membuat jaminan akan memberi dana berjumlah RM 1.26 bilion kepada FMLLP dalam masa 15 tahun.

MP & Silva juga pernah menguruskan beberapa portfolio utama termasuk Liga Perdana Inggeris dan berjaya memperoleh keuntungan besar.

Tags / Kata Kunci: Kevin Ramalingam , FAM , MP & Silva

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan