FAM Sedia Pertimbang Cadangan Jadual Liga-M 2016

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2015 9:50 AM

Hamidin Mohd Amin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia mendengar cadangan pihak berkaitan berhubung jadual Liga Malaysia (Liga-M) musim depan bagi memastikan ia tidak padat seperti musim ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui jadual perlawanan Liga-M yang padat pada musim ini tidak boleh dielakkan termasuk aksi pada bulan Ramadan nanti setelah mengambil kira beberapa faktor termasuk pandangan pasukan bertanding.

"Kita memang telah buat awal untuk jadual pada musim ini termasuk aksi pada bulan puasa nanti," katanya pada sidang media selepas pengumuman bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Red Warriors Sdn. Bhd., Kevin Ramalingam sebagai CEO Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, Jumaat.

Pada Khamis, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mencadangkan supaya FAM mengadakan mesyuarat lebih awal dengan semua pihak berkepentingan sebelum menyusun jadual perlawanan Liga Malaysia musim depan.

Baginda menyifatkan langkah itu wajar demi memelihara kualiti liga serta memberi masa yang cukup kepada skuad kebangsaan untuk membuat persiapan bagi menghadapi sesuatu pertandingan.

Dalam pada itu, Hamidin memaklumkan satu seminar khas akan diadakan pada 6 dan 7 Mei ini di Lembah Klang bagi memberikan penerangan kepada pasukan mengenai penstukturan baharu Liga-M di bawah kendalian FMLLP termasuk keuntungan hak penyiaran sebagaimana yang dibangkitkan oleh Tunku Ismail sebelum ini.

Hamidin turut mendedahkan mereka kini berada dalam proses rundingan akhir dengan beberapa syarikat swasta bagi penajaan Liga-M musim ini.

"Saya rasa kita mungkin boleh dapat sama dengan jumlah diperolehi musim lepas ataupun lebih bagi musim ini dan kita akan buat pengumuman dalam masa terdekat," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: FAM , Hamidin Mohd Amin , Liga-M

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan