De Gea Beri Lampu Hijau Sertai Real Madrid

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2015 9:39 AM

(Ubah saiz teks)

DAVID De Gea dilapor telah memberi jawapan 'yes' kepada Real Madrid berhubung pemindahan pemain itu pada akhir musim ini, jelas seorang wartawan sukan kepada siaran televisyen Sepanyol.

Kelab gergasi Sepanyol tersebut telah dikaitkan dengan pemindahan penjaga gol berusia 24 tahun itu sepanjang musim ini untuk digantikan dengan Iker Casillas.

Bagaimanapun dalam laporan terbaru di Sepanyol, De Gea yang dinamakan sebagai calon anugerah PFA dikatakan semakin hampir untuk berhijrah ke Real Madrid.

"David De Gea telah memberi jawapan 'yes' kepada Real Madrid.

"Penjaga gol Manchester United itu ingin memakai jersi Real madrid untuk musim depan. Kelab telah mengambil kira pelbagai pilihan berhubung penjaga gol dan akhirnya mereka memilih De Gea.

"Dan David De Gea kini jelas ingin menjadi penjaga gol Real Madrid. Yang tinggal sekarang hanya urusan perjanjian," jelas wartawan terbabit, Josep Pedrerol.

Tags / Kata Kunci: David De Gea

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan