Klopp Perlu Ganti Pellegrini - Hamann

Diterbitkan: Jumaat, 17 April 2015 9:08 AM

Jurgen Klopp.

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain tengah Manchester City, Didi Hamann mencadangkan Jurgen Klopp digantikan dengan Manuel Pellegrini selepas jurulatih Borussia Dortmund itu mengumumkan untuk meninggalkan kelab tersebut.

Pengendali City, Pellegrini bakal berdepan pemecatan pada akhir musim ini selepas gagal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Hamann selain itu turut menimbulkan kemarahan Pellegrini apabila menyifatkan jurulatih terbabit tidak sebaik Klopp dari segi taktikal dan kemodenan.

"Namanya (Klopp) kini telah disenarai pendek di City. Saya rasa dia adalah individu yang tepat untuk menggantikan Pellegrini.

"Gayanya dalam pengurusan dan permainan sangat sesuai di England, malah lebih baik berbanding di Sepanyol dan Itali.

"Dia sangat dihormati, dia boleh bercakap Inggeris dengan baik dan dia seorang yang lurus," jelas Hamann.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan