Jurgen Klopp Sah Tinggalkan Borussia Hujung Musim Ini

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2015 11:48 AM

Jurgen Klopp.

(Ubah saiz teks)

JURGEN Klopp pada Rabu mengesahkan beliau akan meninggalkan Borussia Dortmund pada hujung musim ini selepas tujuh tahun mengemudi kelab tersebut.

Pengumuman tersebut menjadikan Klopp sebagai pilihan utama untuk menggantikan Manuel Pellegrini di Manchester City walaupun kelab gergasi England itu tiada perancangan ke arah itu setakat ini.

Pengurus berusia 47 tahun itu turut dikaitkan dengan beberapa kelab ternama termasuk Liverpool dan Arsenal.

Beliau antara pengurus berprofil tinggi dalam bola sepak Eropah selepas membantu Borussia memenangi dua gelaran juara Bundesliga dan Piala Jerman di Westfalenstadion selain mengemudi kelab tersebut ke aksi final Liga Juara-Juara Eropah pada 2013.

Pemain Borussia sedang berlatih sebagai persediaan menentang Paderborn hujung minggu ini.

Klopp menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang kontrak dengan mana-mana kelab lain tetapi mengesahkan terbuka untuk menerima tawaran baharu.

"Saya yakin keputusan ini adalah yang terbaik. Pasukan ini berhak mendapat seorang jurulatih yang 100 peratus tepat. Saya percaya Borussia sebenarnya memerlukan perubahan. Selagi saya di sini, kami sentiasa dianggap sebagai kejayaan pada masa lalu.

"Saya tiada kontrak dengan kelab lain, sama ada di England atau tempat lain, dan saya juga tidak merancang untuk mengambil cuti sabatikal," kata Klopp.

Sumber di Jerman membayangkan Klopp akan berhijrah ke Bayern Munich sekiranya Pep Guardiola gagal membantu pasukan itu memenangi Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Guardiola juga antara sasaran City yang dilihat sebagai pengurus berpotensi untuk mengisi kerusi panas yang diisi Pellegrini ketika ini.

Kedudukan Pellegrini kini masih samar selepas tewas dalam dua perlawanan berturut-turut pada aksi Liga Perdana Inggeris bulan ini dengan harapan untuk mempertahankan kejuaraan liga semakin tipis dengan hanya tinggal baki enam perlawanan sahaja lagi.





Tags / Kata Kunci: Jurgen Klopp , Borussia Dortmund

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan