Khabar Angin Tiup Kencang Jurgen Klopp Letak Jawatan

Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 6:26 PM

Jurgen Klopp

(Ubah saiz teks)

AKHBAR berpengaruh Jerman, Bild, melaporkan yang pengurus Borussia Dortmund, Jürgen Klopp akan meminta untuk melepaskan jawatannya musim panas depan sehingga memaksa kelab itu memanggil satu sidang akhbar khas pada Rabu.

Pengurus veteran berusia 47 tahun itu masih terikat dengan kontrak sehingga 2018.

Tetapi menurut laporan Bild, Ketua Pegawai Eksekutif Dortmund, Joachim Watzke telah membuat keputusan untuk menamatkan kontrak pengurus itu menjelang akhir musim ini selepas dia didesak oleh Klopp sendiri.

Klopp dilaporkan kepenatan dan merasakan yang dia tidak dapat lagi meningkatkan pencapaian kelab itu di luar apa yang telah mereka capai sekarang.

Musim ini adalah musim yang penuh dengan cabaran buat Dortmund dengan mereka berada di tangga yang tidak memberansangkan dalam liga dan yang terbaru dimalukan oleh juara Itali, Juventus pada pusingan 16 pasukan terakhir dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Klopp berhijrah dari kelab sederhana Mainz tujuh tahun yang lalu dan sepanjang tempoh tersebut, dia telah berjaya membawa kejuaraan liga sebanyak dua kali, muncul juara Piala Jerman sekali dan menjadi naib juara Piala Eropah sekali - tewas 1-2 di tangan Bayern Munich pada 2013.

Bild dalam laporannya menyebut, Thomas Tuchel, orang yang mengantikan Klopp di Mainz, kini menjadi calon popular untuk mengantikannya. Tuchel ditawarkan jawatan pengurus Hamburg FC minggu ini tetapi menolaknya.

Dortmund kini berada di tangga ke-10 Bundesliga dan situasi tidak menentu ini bukan sahaja mengecewakan kelabnya tetapi juga diri Klopp sendiri.

Tags / Kata Kunci: Borussia Dortmund , Jürgen Klopp , Bild , Mainz

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan