Penjaga Gol Real Madrid Akui Jan Oblak Luar Biasa

Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 8:05 AM

Iker Casilas (kiri) memuji kecemerlangan Jan Oblak (kanan).

(Ubah saiz teks)

DALAM perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara pada awal pagi Rabu, Real Madrid gagal meraih sebarang gol di kubu Atletico Madrid meskipun banyak peluang yang diperoleh pasukan itu.

Keadaan itu dipercayai disebabkan oleh penampilan cemerlang oleh penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak dalam menjaga gawang daripada dibolosi Real Madrid.

Perkara itu diakui sendiri oleh penjaga gol Real Madrid, Iker Casillas. 

Oblak memuji Oblak kerana tampil hebat, terutama pada babak pertama di mana Real Madrid mempunyai banyak peluang keemasan namun digagalkan oleh penjaga gol kelahiran Slovenia itu.

"Dia (Oblak) merupakan jaguh pada babak pertama. Kami pantas mendapatkan banyak peluang. Tetapi dia sangat luar biasa. Atletico Madrid membuatkan kami tidak dapat menyerang banyak dan mengendalikan permainan dengan lebih baik," kata Casillas.

"Pada babak kedua, Atletico mempunyai corak permainan lebih baik."

Casillas juga mengakui cukup berpuas hati dengan keputusan terikat 0-0 dalam perlawanan di Stadium Vicente Calderon di Madrid.

Keputusan tersebut akan memberikan impak positif dalam permainan Real Madrid pada perlawanan kedua di Santiagio Bernabeu nanti.

"Terikat 0-0 akan membuatkan permainan menjadi lebih terbuka (dalam permainan suku akhir kedua) dan ia sangat bagus. Ini adalah permainan yang menarik dan kami juga berharap untuk mendapatkan permainan lebih baik. Kini kami akan tampil sebagai tuan rumah dan kami akan bermain untuk meraih kemenangan," kata penjaga gol nombor satu Sepanyol itu.


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan