Man City Bida Raheem Sterling £30 Juta

Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 8:08 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER CITY akan membuat bidaan sebanyak £30 juta bagi mendapatkan Raheem Sterling dari Liverpool sebaik sahaja jendela perpindahan pemain bagi musim depan dibuka pada 1 Julai.

Tindakan pantas itu dilakukan kerana City mahu memenangi perlumbaan mendapatkan bintang muda England itu yang turut menjadi rebutan Arsenal, Chelsea dan Manchester United.

City percaya Liverpool tidak akan menolak bidaan tinggi tersebut kerana mereka bakal kehilangan Sterling jika pemain terbabit tidak menandatangani lanjutan kontrak pada akhir musim ini.

Sterling telah ditawarkan penyambungan kontrak dengan gaji setinggi £90,000 seminggu tetapi dia menolaknya kerana menuntut pendapatan lebih tinggi.

Bagi mendapatkan Sterling, City dilapor akan menjual Samir Nasri, Yaya Toure, Bacary Sagna, Jesus Navas, Edin Dzeko dan Jovetic.

Dalam pembentukkan semula skuad City, kelab berkenaan juga akan membawa Pep Guardiola yang bakal menamatkan kontraknya pada akhir tahun depan.


Tags / Kata Kunci: Liverpool , Manchester City , Raheem Sterling

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan