Pasukan Bola Sepak Malaysia Parah - Khairy

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 8:16 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kedudukan pasukan bola sepak negara boleh diklasifikasikan dalam kategori 'parah' selepas berada pada ranking ke-164 dunia berbanding ke-153 pada Februari, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata berdasarkan pencapaian skuad Dollah Salleh itu pada Sukan SEA dan Piala AFF Suzuki dengan layak ke separuh akhir dan final, kedudukan Malaysia yang berada di bawah sesetengah pasukan Asia Tenggara lain adalah seperti tidak masuk akal.

"(Namun) kita tidak boleh dikatakan negara paling buruk dari segi bola sepak di Asia Tenggara, tetapi ranking ini adalah berdasarkan kepada pemilihan perlawanan. FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) ada perancangan sendiri.

"Mungkin pemilihan perlawanan oleh FAM itu agak sukar dan ini menyebabkan kekalahan, sekali gus menyebabkan ranking terjejas. FAM telah buat penjelasan bahawa memang pemilihan perlawanan itu sengaja menentang pasukan hebat untuk pengalaman," katanya kepada pemberita, di sini Selasa.

Khairy, bagaimanapun berkata pada masa ini, ranking bukan menjadi matlamat utama kerana kejayaan pada temasya besar seperti Sukan SEA, Piala AFF dan Piala AFC menjadi sasarannya.

Ranking Malaysia jatuh 11 anak tangga selepas tewas 0-6 kepada Oman pada aksi persahabatan antarabangsa di tempat lawan pada 26 Mac lepas dan ia merupakan keputusan terburuk negara bagi tahun ini.

Kedudukan terkini itu meletakkan skuad kebangsaan sebaris dengan beberapa pasukan seperti Bhutan (163), Grenada (165), Puerto Rico (166) selain Hong Kong dan Bangladesh yang berkongsi kedudukan ke-167 dunia.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia turun dua anak tangga untuk berada di tempat kelapan di belakang Vietnam (125), Filipina (139), Thailand (142), Timor Leste (152), Myanmar (158), Indonesia (159) dan Singapura yang berada pada kedudukan ke-162 dunia.

Kedudukan Malaysia di peringkat Asia turut menyaksikan mereka turun empat anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-33 dari 46 negara.

Dalam perkembangan lain, Khairy menyokong cadangan FAM untuk menggunakan khidmat pemain naturalisasi selagi pemain tersebut mempunyai kaitan dengan Malaysia.

"Saya tidak menggalakkan naturalisasi warganegara asing untuk jadi atlet kebangsaan kecuali atlet itu ada talian kekeluargaan dengan (rakyat) Malaysia.

Jadi langkah FAM dalam mencari pemain yang ada kacukan Malaysia, itu saya terima.

"Kita bukan macam negara lain, boleh ada pemain yang tiada kaitan langsung dengan negara mereka. Tapi kalau macam kes pemain bola sepak yang dicari, saya rasa itu adil," katanya.

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan