Skuad Dollah Bakal Terbang Ke Jepun

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 10:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menjelang perlawaan pra Kelayakan Pusingan Kedua Piala Dunia 2018 Rusia (Peringkat Asia) dan Piala Asia Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2019,  pasukan Malaysia dijangka akan berangkat ke Jepun bagi persiapan menghadapi dua aksi tersebut.


Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) mengenai perancangan itu.

“Skuad Dollah Salleh dan barisan jurulatih serta pegawai teknikal kemungkinan besar akan dihantar ke Jepun untuk menjalani persiapan dengan pasukan itu.

“Dalam dua pusingan kelayakan ini, kami sasarkan  untuk layak ke Piala Asia UAE 2019, yang mana 12 pasukan terbaik layak ke pusingan akhir secara merit, manakala 12 pasukan lagi ditentukan selepas satu lagi pusingan kelayakan diadakan.

“Kita harap pemain yang dipilih untuk menyertai skuad Dollah pada Mei ini, mempunyai hasrat untuk merealisasikan harapan ini,” jelasnya selepas Majlis Undian  Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2018 Rusia (Peringkat Asia) dan Piala Asia UAE 2019, Selasa.

Malaysia pernah layak ke Piala Asia sebanyak dua pada 1976 dan 1980, manakala pada 2007, Malaysia layak secara automatik selaku tuan rumah. Dalam pada itu, Hamidin berkata, FAM akan melakukan pindaan jadual perlawanan Liga  bagi memberi ruang kepada pengendali pasukan negara, Dollah Salleh membuat persediaan awal.

"Mengikut undian, kita ada dua perlawanan di tempat sendiri pada Jun di Bukit Jalil, menentang Timor Leste (11 Jun) dan Palestin (16 Jun).

Kita juga ada perlawanan pada September, Oktober, November dan dua perlawanan terakhir pada Mac tahun depan.

"Jadi kita senang nak beri jalan kepada Dollah untuk sekurang-kurangnya, setiap perlawanan tersebut, dia ada sepuluh  hari menyiapkan pasukan,” katanya.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama-sama UAE, Arab Saudi, Palestin dan Timor Leste.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan