Piya Mohon Maaf Kepada Penyokong Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 9:25 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kapten pasukan bola sepak Kelantan Mohd Badri Mohd Radzi pada Isnin memohon maaf kepada penyokong pasukan itu setelah gagal mencatatkan kemenangan pada aksi Liga Super 2015 menentang Pahang di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, Sabtu lepas.

Beliau berkata rakan sepasukannya telah mempamerkan aksi terbaik dan kekalahan 0-2 kepada Pahang adalah adat permainan.

"Sebagai wakil kepada rakan-rakan sepasukan, saya dengan rendah hati memohon maaf kepada seluruh penyokong di atas kegagalan Kelantan mengalahkan Pahang pada perlawanan itu.

"Kami sudah berusaha memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu, namun Kelantan tumpas dan itulah hakikat dalam bola sepak yang perlu ditelan walaupun agak pahit," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Mohd Badri yang lebih mesra disapa Piya, berharap penyokong sentiasa memberikan sokongan terhadap pasukan kerana saingan liga musim ini masih panjang.

"Saya faham situasi ketika ini di mana penyokong sukar menerima kekalahan seperti ini tetapi kita kena memandang ke hadapan dan melupakan episod hitam dimalukan Pahang pada Sabtu lalu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Kelantan dijangka menandatangani perjanjian dengan pemain import baharu apabila tiga pemain dilaporkan sedang diuji oleh pasukan itu hari ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata tiga lagi pemain import akan diuji bagi memperkasakan pasukan itu.

"Hari ini tiga pemain import baharu melaporkan diri untuk diuji oleh jurulatih (Mohd Azraai Khor Abdullah), biarlah jurulatih dan pengurus pasukan membuat pilihan," katanya dalam laman sosial Facebooknya hari ini.

Annuar bagaimanapun tidak mendedahkan nama mahupun negara asal tiga pemain berkenaan.

Kelantan kini memiliki empat pemain import iaitu Emmanuel Kenmogne dari Cameroon, Isaac Pupo dari Liberia, Jonathan McKain dari Australia dan Erwin Carillo dari Colombia.

Kelantan kini berada di tangga ke-10 dalam Liga Super dengan tujuh mata, selepas hanya mencatat dua kemenangan daripada tujuh perlawanan. 

Tags / Kata Kunci: Piya , Kelantan , Pahang

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan