Man United Bayar £5 Juta Untuk 'Halau' Van Persie

Diterbitkan: Ahad, 12 April 2015 9:08 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER UNITED dilapor sedia memberikan sebanyak £5 juta kepada penyerang utama pasukan itu, Robin van Persie jika dia bersetuju meninggalkan kelab tersebut pada akhir musim ini.

Pemain berusia 31 tahun itu kini mempunyai baki kontrak selama 14 bulan dengan gaji sebanyak £250,000 seminggu.

Difahamkan, United juga akan membayar bonus kesetiaan sebanyak £10 juta kepada Van Persie sebagai hadiah perpindahan pemain itu dari Arsenal pada 2012.

Dengan pelepasan berserta bayaran tersebut, Van Persie akan mejadi pemain bebas daripada kontrak pada akhir musim, sekaligus membuatkan banyak kelab 'mengejarnya'.

Antara kelab yang dikatakan mahu mendapatkan khidmat Van Persie ialah Juventus dan Inter Milan, tetapi pemain kelahiran Belanda terbabit tidak akan mendapat bayaran gaji seperti di United.

Bekas penyerang Arsenal itu tidak lagi diperlukan United apabila dia hanya mampu menjaringkan 10 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Malah United juga terpaksa bertindak demikian kerana ingin mendapatkan penyerang lain serta memberikan gaji tinggi kepada pemain baharu.

Antara bintang yang dilapor akan menerima gaji besar jika berhijrah ke United adalah Memphis Depay dan Edinson Cavani dari Paris Saint-Germain serta Mat Hummels (Borussia Dortmund).

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Robin Van Persie

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan