Man United Sedia Gugur Empat Pemain Untuk Dua Bintang Baru

Diterbitkan: Ahad, 12 April 2015 9:37 AM

Edinson Cavani dan Thiago Silva bakal menyertai United pada musim depan.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER UNITED sedia melepaskan Robin Van Persie, Rafael dan pemain yang dipinjamkan iaitu Nani dan Hernandez untuk mendapatkan penyerang Uruguay dan pertahanan tengah Brazil yang kini mewakili Paris Saint-Germain (PSG).

Akhbar UK, Sunday People melaporkan, United kini sedang melancarkan bidaan sebanyak £57 juta terhadap Edinson Cavani dan Thiago Silva.

Old Trafford sebelum ini telah menjalinkan hubungan dengan Cavani sejak setahun lalu selepas pemain itu hampir menyertai United ketika era pimpinan David Moyes.

Pengendali pasukan itu, Louis van Gaal ketika ditanya adakah United bakal berdepan saingan Manchester City dan Chelsea untuk mendapat pemain bertaraf bintang, dia menjawab," saya tidak berasa ragu-ragu bahawa pemain akan datang ke Manchester United."

Van Gaal turut melihat Silva sebagai pemain senior yang tepat untuk digandingkan dengan Mats Hummels bagi mewujudkan benteng pertahanan.

Silva selain itu turut menarik perhatian Chelsea untuk mendapatkannya pada akhir musim ini.

Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan