Liga Super: Selangor Lonjak Ke Tangga Teratas

Diterbitkan: Ahad, 12 April 2015 1:14 AM

Afiq Azmi menjaringkan gol seawal minit kelapan perlawanan bertemu ATM, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Selangor kembali menguasai carta kedudukan Liga Super selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, Sabtu malam.


Keputusan tersebut menyaksikan skuad The Red Giants yang sebelum ini menduduki tangga ketiga, berkongsi 14 mata dengan Felda United FC dan Terengganu, namun berada di puncak liga berdasarkan perbezaan gol.

Penyerang Afiq Azmi meletakkan Selangor di hadapan seawal minit kelapan sebelum ATM menyamakan kedudukan melalui pemain import dari Australia, Mario Karlovic pada minit ke-25.

Selangor kendalian Mehmet Durakovic mengesahkan kemenangan menerusi jaringan Afiq pada minit ke-51 dan pemain import dari Brazil, Leandro Dos Santos pada minit ke-71.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Felda United bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan tipis 3-2 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM). -

Tiga gol skuad 'The Settlers' dijaringkan oleh Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-27, Ndumba Makeche (86') dan Edward Junior Wilson ('90), manakala dua gol PDRM dihasilkan oleh kapten pasukan, Muslim Ahmad pada minit ke-23 dan penyerang import dari Maldives, Ali Ashraq pada minit ke-32.

Dalam pada itu, jaringan pemain pertahanan, Helmi Remeli pada penghujung babak kedua membantu Terengganu mengalahkan Perak 3-2 di Stadium Perak, Ipoh.

Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat 2-2 dengan jaringan Terengganu menerusi pemain import dari Cameroon, Vincent Bikana pada minit ke-63 dan Ismail Faruqi Ashari pada minit ke-74.

Dua gol Perak pula menerusi pemain import dari Korea Selatan, Woong Namkung pada minit ke-20 dan penyerang import dari Brazil, Charles Chad Souza pada minit ke-81.

Pasukan Kelantan pula terus dirundung malang selepas mengalami kekalahan ketiga berturut-turut apabila kecundang 0-2 kepada Pahang di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Baharu.

Gol skuad Tok Gajah dijaringkan oleh dua pemain import mereka iaitu Damion Stewart pada minit ke-40 dan Dickson Nwakaeme pada minit ke-55.

Sarawak pula menamatkan badi tiga kekalahan berturut-turut, selepas menang tipis 2-1 ke atas wakil kelab Lembah Klang, Sime Darby FC di Stadium Negeri, Kuching.

Dua gol skuad 'Ngap Sayot' dijaringkan oleh pemain import dari Liberia, Patrick Nyema Gerhardt pada minit ke-47 dan Billy Mehmet pada minit ke-71, manakala gol saguhati pasukan pelawat dijaringkan oleh Reinaldo Elias da Costa pada minit ke-57.

Wakil Singapura, Lions XII dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pula berkongsi satu mata selepas terikat tanpa jaringan pada aksi di Stadium Jalan Besar, Singapura. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Liga Super , Selangor

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan