Ranking Bola Sepak Dunia Perkara Kedua - Kok Chi

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 1:54 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berpendapat status ranking dunia pasukan bola sepak negara adalah perkara kedua.

Jelasnya, jika Malaysia bermain dengan pasukan yang berada di ranking lebih tinggi dan kalah, sudah tentu ranking Malaysia akan jatuh.

"Jika Malaysia main dua atau tiga perlawanan persahabatan dengan pasukan yang lebih rendah ranking dunia kita, sudah tentu ranking kita akan naik.

"Jadi bagi saya, jangan terlalu fikir mengenai ranking dunia. Apa yang paling penting, pasukan kita perlu fokus kepada sasaran dalam setiap kejohanan yang mereka sertai.

"Sekurang-kurangnya kita perlu menjadi yang terbaik di peringkat Asia Tenggara, dan jika kita berjaya menewaskan pasukan seperti Vietnam, Filipina, Thailand atau Indonesia pastinya ia sesuatu yang baik dari segi prestasi.

"Tetapi kalau kita kalahkan pasukan Asia Tenggara yang lebih rendah kedudukan mereka, siapa mahu tengok?," komennya mengenai kejatuhan ranking pasukan bola sepak negara.

Bagaimana pun, Kok Chi mengakui berada di ranking yang lebih baik adalah satu bonus kepada pasukan Malaysia.

"Saya tidak kata ranking dunia tak penting, cuma kita perlu fokus apa yang utama.

"Kalau Malaysia berada di ranking yang lebih baik ia satu bonus kerana ia membuktikan pasukan berkualiti," tambahnya.

Berdasarkan ranking terbaharu dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis, Malaysia berada pada kedudukan ke-164 dunia dan merupakan keputusan terburuk bagi tahun ini.

Pasukan Vietnam berada di ranking ke-130, Indonesia di tangga ke-159, Thailand (142) serta Filipina di kedudukan ke-128 dunia.

Sebagai rekod, skuad kendalian Dollah Salleh berada di kedudukan ke-154 dunia pada Januari serta Februari dan meningkat satu anak tangga pada kedudukan ke-153 dunia bulan lepas.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia turun dua anak tangga untuk berada di tempat kelapan di belakang Vietnam, Filipina, Thailand, Timor Leste, Myanmar, Indonesia dan Singapura yang berada pada kedudukan ke-162 dunia.

Manakala kedudukan di peringkat Asia turut menyaksikan mereka turun empat anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-33 dari 46 negara.

Tags / Kata Kunci: Datuk Sieh Kok Chi , MOM , ranking , Harimau Malaya

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan