Maradona Anggap Van Gaal Syaitan

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 9:47 AM

(Ubah saiz teks)

LAGENDA bola sepak Argentina, Diego Maradona menyamakan tindakan Louis van Gaal yang tidak menurunkan Radamel Falcao dalam lima perlawanan sebagai syaitan.

Bekas penyerang ternama dunia itu berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai perkembangan Falcao oleh pemberita Colombia dalam satu majlis untuk perlawanan amal di Bogota.

Ketika ditanya bagaimanakah Van Gaal menguruskan Falcao, Maradona menjawab," Van Gaal bukan lelaki yang baik. Van Gaal lebih dekat dengan syaitan daripada yang lain."

Maradona yang kali terakhir berada di Old Trafford ketika United menentang Liverpool tahun lalu berkata, Falcao perlu pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut sebelum diadaptasikan dengan corak Liga Perdana Inggeris.

United sebelum ini menganggap Falcao sebagai pinjaman berbaloi yang akan dibeli pada akhir musim ini kerana membawa rekod jaringan gol yang memberangsangkan.

Malangnya sejak menyertai kelab itu, Falcao sehingga kini hanya menjaringkan empat gol.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Diego Maradona

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan