Penyokong Man United Mula Sebar Gambar Kit Tajaan Adidas

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 1:32 PM

Kit baharu tajaan Adidas yang didakwa akan digunakan United pada musim 2015/2016.

(Ubah saiz teks)

PENYOKONG Manchester United kelihatan teruja menyebar gambar kit baharu tajaan Adidas yang didakwa akan digunakan pasukan itu bagi musim 2015-16.

United menandatangani kontrak selama 10 tahun - £75 juta (RM 400 juta) setahun bersama Adidas yang akan bermula musim depan.

Rekaan kit utama United dilihat seperti gaya di zaman 80-an semasa Bryan Robson menjadi pemain tengah kelab berkenaan dan turut ditaja Adidas.

Robson memakai kit tajaan Adidas suatu ketika dulu. 

Footy Headlines telah menyiarkan gambar yang menunjukkan kit ketiga baharu berwarna hitam bersama-sama dengan kit kedua yang berwarna putih dengan rekaan leher berbentuk V.

Kit ketiga United yang tampak lebih menyerlah.

Hasil pendedahan tersebut,  penyokong Red Devils dijangka akan 'jatuh cinta' terhadap kit ketiga yang berwarna hitam serta mempunyai logo pasukan dan jenama berwarna merah serta berkolar bulat.

Perjanjian United dengan pengeluar semasa, Nike akan berakhir pada hujung musim ini, menamatkan perjanjian selama 13 tahun yang dilaporkan telah menjana 23 juta pound (RM 120 juta) setahun.

United berharap rekaan terbaharu yang sederhana tetapi bergaya akan mencatat jualan yang tinggi di seluruh dunia.

Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan