Zidane Bosan Dengan Sikap Tidak Matang Odegaard

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2015 10:53 AM

Odegaard (kanan) hanya mahu menjalani latihan bersama skuad utama Real Madrid.

(Ubah saiz teks)

MARTIN Odegaard dibekukan daripada skuad Real Madrid B oleh Zinedine Zidane gara-gara sikap tidak matang pemain itu.

Odegaard,16, disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam dua perlawanan bagi skuad Madrid B, Castilla.

Dia enggan berlatih bersama rakan sepasukan selepas memegang klausa kontrak yang membenarkan pemain muda Norway itu berlatih dengan pasukan utama selama lima hari seminggu.

Hubungan Odegaard dengan Zidane dan rakan sepasukan tidak berjalan lancar sekaligus membuat pihak pengurusan telah memberitahu ibu bapanya mengenai situasi ini.

"Dalam tiga pertemuan, jurulatih dan pegawai pasukan Castillas telah memanggil pemain itu serta ibu bapanya untuk menjelaskan situasi dan memberi nasihat agar dia lebih kerap mengikuti latihan.

"Odegaard mahupun ayahnya mendengar nasihat itu kerana ia sesuatu yang perlu dilakukan oleh pemain remaja.

"Malang sekali, sesetengah pemain lain merungut bahawa pemain itu 'tidak boleh diganggu' oleh rakan sepasukan kerana dia hanya berminat untuk bergandingan dengan Cristiano Ronaldo.

"Jelas sekali, kehadirannya di Madrid lebih mudah berbanding dengan pemain muda yang lain. Itu yang sepatutnya Odegaard fikirkan," jelas satu laporan.

Odegaard dilaporkan menerima bayaran £80,000 (RM43,2060) seminggu selepas menyertai Madrid dengan perjanjian £2.3 juta (RM12.42 juta) bersama Stromgodset.

Tags / Kata Kunci: Martin Odegaard , real Madrid b , Castilla

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan