Gol Coutinho Pacu Liverpool Ke Separuh Akhir Piala FA - Bola Sepak | mStar

Gol Coutinho Pacu Liverpool Ke Separuh Akhir Piala FA

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2015 7:26 AM

Coutinho (kanan) menjaringkan gol tunggal Liverpool.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS tewas pada aksi Liga Perdana Inggeris pada hujung minggu lalu, Liverpool bangkit menewaskan Blackburn Rovers 1-0 dalam aksi separuh akhir Piala FA di Ewood Park, awal pagi Khamis.

Philippe Coutinho muncul penyelamat Liverpool apabila menjaringkan gol tunggal untuk pasukan tersebut pada minit ke-70 selepas menyempurnakan hantaran Jordan Henderson.

Blackburn nyaris menyamakan jaringan pada saat akhir tetapi ketangkasan penjaga gawang Simon Mignolet meletakkan Liverpool terus selesa di hadapan.

Countinho menegaskan memenangi Piala FA akan menyelamatkan Liverpool pada musim ini.

"Selepas kalah kepada Arsenal, kami berjaya bangkit pada hari ini. Sekiranya memenangi piala ini (FA), ia sudah tentu akan menyelamatkan Liverpool musim ini," katanya.

Liverpool akan bertemu Aston Villa untuk menempah tiket ke final Piala FA di Wembley pada 19 April ini.

Barisan pemain:

Blackburn Rovers: Eastwood, Henley, Baptiste, Kilgallon (c), Olsson, Conway, Williamson, Evans, Marshall, Cairney, Rhodes. Pemain gantian: Steele, Spurr, Songo'o, Nyambe, Lenihan, Mahoney, Gestede.

Liverpool: Mignolet, Johnson, Lovren, Sakho, Lucas, Allen, Henderson, Moreno, Sterling, Coutinho, Sturridge. Pemain gantian: Jones, Toure, Lambert, Manquillo, Borini, Brannagan, Markovic.


Tags / Kata Kunci: Piala FA , Liverpool
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan