Villa, QPR Sekadar Seri

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2015 7:15 AM

Benteke meraikan jaringan hatriknya.

(Ubah saiz teks)

CHRISTIAN Benteke melakukan hatrik ketika Aston Villa dan Queens Park Rangers terikat seri 3-3 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang penuh dramatik di Villa Park, awal pagi Rabu.

QPR membuka jaringan awal menerusi Matt Phillips selepas memanfaatkan hantaran kemas Bobby Zamora pada minit ketujuh.

Villa bangkit menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang Benteke pada minit ke-10.

Benteke kemudiannya menggandakan gol kedua Villa pada minit ke-33.

Gabrierl Agbonlahor nyaris meneruskan penguasaan Villa tetapi tandukannya terkena palang.

Enggan menyerah kalah, QPR bangkit menjaringkan gol kedua menerusi tandukan Clint Hill pada babak kedua sekali gus meletakkan kedudukan 2-2.

Bagaimanapun, QPR mendahului perlawanan apabila Charlie Austin menyempurnakan hantaran Philips pada minit ke-78.

Namun, perlawanan itu penuh dengan aksi mendebarkan apabila Benteke menyelamatkan Villa dengan menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan berbaki tujuh minit.

QPR kini menduduki tangga ketiga tercorot liga dengan mengumpul 26 mata daripada 32 perlawanan manakala Villa di tempat ke-16 dengan 29 mata.

Barisan Pemain:

ASTON VILLA: Guzan, Bacuna, Vlaar, Clark, Richardson, Cleverley, Sanchez, Delph, Agbonlahor, Benteke, Grealish. Pemain gantian: Baker, Okore, Weimann, Cole, N'Zogbia, Given, Lowton. 

QPR: Green, Isla, Onuoha, Caulker, Hill, Phillips, Barton, Sandro, Kranjcar, Austin, Zamora. Pemain gantian: Traore, McCarthy, Henry, Hoilett, Mitchell, Doughty, Grego-Cox.

Tags / Kata Kunci: QPR , Aston Villa , EPL

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan