Siapa Berjaya Bawa Masuk Gareth Bale Akan Muncul Juara Liga Musim Depan

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2015 4:06 PM

Bakat dan keupayaan Gareth Bale (kiri) mampu mengubah hala tuju sesebuah kelab untuk muncul sebagai juara liga.

(Ubah saiz teks)

TIDAK kiralah pasukan mana sekali pun tetapi sudah jelas dan nyata, berdasarkan prestasi semasa, mana-mana kelab yang berjaya membawa masuk pemain termahal dunia, Gareth Bale tahun depan tidak syak lagi akan muncul sebagai juara liga.

Bale berupaya menentukan pasukan baru nanti menjuarai liga sebagaimana Lionel Messi menentukan destini Barcelona.

Dalam kes ini, Manchester United nampaknya mempunyai sedikit kelebihan kerana mereka mempunyai aset yang dikehendaki oleh Real Madrid. Aset itu ialah David de Gea.

Jika Real Madrid benar-benar memerlukan pengganti jangka panjang untuk Iker Cassilas, United mungkin akan mengumpankan de Gea untuk mendapatkan Bale sebagai pertukaran.

Adakah ini bermakna, United tidak menghargai jasa dan kemampuan de Gea? Tidak begitu, tetapi mereka lebih memerlukan Bale untuk kembali sebagai juara liga. Jika de Gea berpindah kelab, United boleh sahaja menawarkan kontrak kepada penjaga gol Chelsea, Petr Cech yang memang mahu berpindah kelab musim depan.

Jadi United mempunyai pilihan atau alternatif untuk melepaskan de Gea asalkan mereka dapat membawa masuk Gareth Bale.

Sebelum ini Sami Khedira telah ditawarkan kepada United tetapi sebaliknya United memilih Angel Di Maria. United memecahkan rekod perpindahan British dengan membawa masuk Di Maria pada harga £59 juta.

Untuk musim akan datang, United nampaknya bersedia untuk memecahkan satu lagi rekod baru dengan membawa masuk Bale. Kali ini mereka merasakan mereka mempunyai kelebihan kerana peningkatan nilai David de Gea.

Sebagai pemain Sepanyol, de Gea tidak akan teragak-agak untuk kembali ke bandar kelahirannya Madrid jika masanya sesuai.

Dan berdasarkan perkembangan semasa, Bale juga tidak akan teragak-agak untuk kembali ke tanah airnya semula jika masanya sesuai.

Kepada sesiapa sahaja Bale berkhidmat, dia akan membawa kejuaraan kepada mereka. Ia adalah semudah itu.

Jika dia bermain untuk Chelsea, Chelsea akan menjadi juara. Jika dia bermain untuk Manchester United, Old Trafford akan menuntut kembali kejuaraan liga yang pertama selepas era pasca Ferguson.

Perkara yang sama akan berlaku kepada Arsenal atau Manchester City, jika dia memilih mereka.

United sebagai kelab gergasi dan juga bekas juara 20 kali tahu akan hakikat ini. Mereka pernah melakukannya berulang-ulang kali.

Pada tahun 2012, mereka membawa masuk Robin van Persie dari Arsenal dan dia membawa kejuaraan liga kepada mereka.

Ketika itu, pengurus City, Roberto Mancini berasa bengang kerana kelabnya gagal menyakinkan van Persie untuk menyertai mereka.

Pada masa yang sama, Mancini berasa gusar impak yang bakal dibawa oleh pemain itu ke atas United. Mancini adalah seorang veteran. Dia boleh menghidu sukses dan kegagalan.

Dan firasatnya tidak menyimpang jauh. Hanya jika Van Persie menerima tawaran City, Mancini tidak akan dipecat sebagai pengurus dan City akan dapat mempertahankan kejuaraan mereka.

Manuel Pellegrini turut menyedari hakikat ini dan dia siang-siang lagi telah menghantar mesej yang City tidak akan berupaya mempertahankan kejuaraannya musim ini jika mereka gagal membawa masuk seorang pemain bertaraf dunia.

"Pasukan besar mestilah berupaya membawa masuk pemain besar," ujarnya sebelum mereka ditumpaskan oleh Crystal Palace 2-1 pada malam Isnin.

Dalam hal ini hanya Gareth Bale berupaya untuk menentukan hala tuju kejuaraan liga musim depan sepertimana Messi atau Cristiano Ronaldo melakukannya untuk La Liga.

Dan Bale tidak berpeluang menentukan kejuaraan La Liga kerana dia akan sentiasa dibayangi oleh kelibat Messi dan Ronaldo.

Messi adalah pemain terbaik dunia buat masa ini kerana dia diapit oleh Suarez dan Neymar sepertimana Ronaldo diapit oleh Bale dan James Rodriguez.

Sebaliknya jika Bale membebaskan dirinya dari bayang-bayang Messi dan Ronaldo, dia juga berpeluang untuk muncul sebagai pemain terbaik dunia.

Di England, tidak syak lagi yang dia akan menyerlah. Bayangkan jika dia berpasangan dengan Eden Hazard serta Oscar, Bale akan menyerlah sebagaimana Ronaldo menyerlah.

Bayangkan pula jika dia bersama Manchester United. Gandingan dia dengan Di Maria di bahagian sayap dan Wayne Rooney di hadapan, mereka akan muncul juara kembali.

Dan begitu juga jika Bale digandingkan dengan David Silva serta Sergio Aguero di Manchester City dan jika Bale bergandingan dengan Sanchez di Arsenal.

Padankan dengan siapa sahaja nampaknya dia menepati kriteria untuk membawa mereka muncul sebagai juara baru.

Real Madrid sejak awal lagi telah menghidu keupayaan Bale iaitu dua musim yang lalu dan dia telah menghadiahkan mereka pulangan yang lumayan iaitu Piala Eropah yang ke-10.

Tetapi musim ini terdapat beberapa insiden yang boleh mencetuskan perpindahan Bale musim depan. Dia telah diboo oleh peminat dan keretanya telah menjadi mangsa serangan mereka.

Nampak macam masanya telah tiba. 


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan