Manchester City Gugur Pemain Dan Pegawai

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2015 9:36 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER CITY bakal menggugurkan sebahagian besar bintangnya termasuk menjadikan Samir Nasri dan Edin Dzeko sebagai pertukaran bagi mendapatkan Paul Pogba dari Juventus.

Nasri yang juga pemain tengah Perancis hampir pasti digugurkan selepas dilapor bertelagah dengan Manuel Pellgerini baru-baru ini.

Pertelagahan itu berlaku apabila Nasri dikatakan tidak berpuas hati kerana tidak diturunkan pada perlawanan menentang Leicester City.

Hubungan antara pemain dan jurulatih terbabit semakin renggang apabila Nasri meninggalkan bangku simpanan ketika perlawanan berbaki 13 minit dalam perlawanan City bertemu West Brom.

Berikutan itu namanya kini disenarai antara pemain yang akan digugurkan kerana gagal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang dimenangi tahun lalu.

Selain itu, Yaya Toure mungkin menyertai Inter Milan mamakala Stevan Jovetic dan Bacary Sagna juga akan meninggalkan kelab tersebut.

Pemain tengah England, James Milner antara pemain yang tidak terlepas untuk 'mengangkat kaki' dan mungkin menyertai Liverpool selepas kontraknya tamat kelak.

Turut tidak ketinggalan untuk digugurkan ialah dua Eksekutif City iaitu Txiki Begiristain dan Ferran Soriano.

Daripada nama-nama itu, orang pertama yang bakal dipecat pula ialah pengurus kelab tersebut, Manuel Pellegrini.

Tags / Kata Kunci: Manchester City

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan