Man City Tewas Kepada Crystal Palace

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 7:17 AM

Murray (kiri) berjaya membolosi gawang City.

(Ubah saiz teks)

HARAPAN Manchester City untuk mempertahankan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dimenangi pada musim lalu tampak samar apabila tewas 1-2 kepada Crystal Palace di Selhurt Park, awal pagi Selasa.

Glenn Murray menjaringkan gol kelimanya dalam lima aksi EPL pada minit ke-34 sebelum Jason Puncheon menggandakan jaringan pada minit ke-48.

Pasukan kendalian pengurus Manuel Pellegrini itu tampak semakin tertekan apabila terpaksa merebut kedudukan tiga teratas untuk mengisi slot secara automatik ke aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Palace pula menggumpul 39 mata dan dilihat akan terus beraksi pada saingan EPL musim depan.

Ia adalah pencapaian terbaik pasukan itu sejak Alan Pardew mengambil alih kelab tersebut pada Januari lalu.

City bangkit pada babak kedua apabila Yaya Toure menjaringkan gol tunggal untuk pasukan itu.

Kekalahan itu meletakkan City di tangga keempat, ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu Chelsea.

City akan berdepan tugasan lebih getir apabila berkunjung ke Old Trafford pada Ahad ini.

"Setiap perlawanan amat penting. Kami perlu berusaha lebih keras untuk menang seberapa banyak mata yang boleh," kata Pellegerini.

Barisan pemain:

CRYSTAL PALACE: Speroni; Ward, Delaney, Dann, Kelly; McArthur, Ledley, Puncheon, Bolasie; Zaha, Murray. Pemain gantian: Hennessey, Hangeland, Souare, Boateng, Sanogo, Gayle, Ameobi.

MANCHESTER CITY: Hart, Sagna, Kompany, Demichelis, Clichy, Navas, Fernandinho, Toure, Silva, Dzeko, Aguero. Pemain gantian: Caballero, Zabaleta, Mangala, Milner, Fernando, Nasri, Lampard.

Tags / Kata Kunci: EPL , Manchester City , Crystal Palace

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan