Pemain Berkualiti Tidak Minat Sertai Liverpool

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 2:18 PM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Liverpool, Brendan Rodgers mengakui sukar untuk pasukannya mendapatkan khidmat pemain berkualiti tinggi.

Rodgers mengeluarkan kenyataan itu berikutan situasi Raheem Sterling yang enggan bersetuju dengan kontrak baru yang ditawarkan.

Rodgers juga mengakui pemain berkualiti tinggi lebih berminat untuk menyertai pasukan yang mampu menduduki tempat empat teratas liga dan bermain di Liga Juara-Juara Eropah.

"Kebanyakkan pemain mahu beraksi di Liga Juara-Juara Eropah tetapi saya rasa Liverpool merupakan kelab besar dan saya telah bercakap mengenai kelab ini sebelum menerima jawatan sebagai pengurus.

"Liverpool adalah sebuah kelab besar yang pemain ingin sertai tetapi mereka juga mahu bermain di tahap tertinggi dan jika tidak layak untuk ke Liga Juara-Juara Eropah, perkara itu akan menyukarkan kami untuk mendapatkan pemain yang diingini.

"Kami tahu kepentingan beraksi di Liga Juara-Juara Eropah tetapi kami harus terus bersaing untuk menjadi kelab yang stabil dan kami akan terus berusaha untuk mencapai objektif tersebut," kata Rodgers.

Rodgers juga risau dengan keadaan Liverpool yang mungkin terpaksa berpuas hati dengan tempat di Liga Eropah sekiranya Arsenal, Manchester United, dan Manchester City berjaya mengekalkan kedudukan di tempat empat teratas sehingga akhir musim.

Pengurus berusia 42 tahun itu juga mahu anak buahnya membalas dendam  kekalahan 4-1 ke atas Arsenal dengan menewaskan Blackburn Rovers dalam perlawanan ulangan suku akhir Piala FA, Rabu.

"Kami mahu beraksi di Liga Juara-Juara Eropah, ianya sangat penting untuk pasukan kami tetapi ia merupakan sasaran yang sukar untuk dicapai musim ini," katanya.

"Saya tidak akan menganggap empat pasukan teratas akan membuat kesilapan dan memberi peluang kepada kami untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah.

"Senarai pemain yang masih belum pulih dari kecederaan juga membuatkan sasaran untuk menduduki empat teratas menjadi sukar.

"Kami hampir memenangi kejuaraan liga musim lepas tetapi kami kehilangan pemain bertaraf dunia (Luis Suarez) dan banyak perubahan yang berlaku di kelab ini.

"Kami berasa kecewa apabila beraksi cemerlang dalam tempoh tiga bulan lalu tetapi semakin jauh daripada kedudukan empat teratas apabila tewas dalam dua perlawanan menentang United dan Arsenal.

"Kami perlu menjadi lebih stabil dan konsisten untuk mengelak daripada berada dalam situasi ini.

"Kami mempunyai ramai pemain muda yang akan mendapat lebih pengalaman dan kami berharap dapat melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan," Kata Rodgers lagi.

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Brendan Rodgers

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan