Kertas Siasatan Kes Penjaga Gol JDT II Siap

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 9:15 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kertas siasatan kes penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT II) Mohd Anis Faron Ahmad yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis yang bertugas selepas perlawanan dengan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya Jumaat lepas, telah siap.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kertas siasatan kes itu telah dihantar kepada Ketua Unit Pendakwaan (KUP) untuk tindakan lanjut.

"Polis menahan pemain berusia 33 tahun itu untuk direkod keterangan dan dia dibebaskan kira-kira pukul 2 petang Sabtu. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 Pindaan 1987," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Penjaga gol itu ditahan selepas dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota pasukan keselamatan yang bertugas ketika dia berjalan memasuki bilik persalinan sejurus permainan berakhir pada pukul 10.50 malam Jumaat.

Dalam perkembangan lain, Mior Faridalatrash berkata polis telah mengenal  pasti empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian seorang penarik kereta cedera ditembak berhampiran pasar Jalan Patani, Sungai Pinang, di sini awal  pagi Ahad.

Beliau berkata, usaha mengesan empat lelaki berusia 20 hingga 40 tahun itu giat dijalankan dan polis percaya mereka masih berada di sekitar negeri ini.

"Siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berpunca daripada pergaduhan melibatkan dua kumpulan pelanggan dengan seorang lelaki di sebuah pub di pusat bandar beberapa jam sebelum insiden berlaku.

"Pertelingkahan itu dikatakan gagal dileraikan menyebabkan dua kumpulan terbabit tidak berpuas hati, bagaimanapun suspek dilaporkan tersalah sasaran apabila melepaskan tembakan ke arah mangsa yang juga rakan kepada lelaki terbabit," katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, lelaki berkenaan cedera ditembak oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dirawat di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilapor stabil.-- Bernama

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan