Chelsea Atasi Stoke 2 - 1

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2015 7:27 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Chelsea berjaya mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu liga, apabila mengatasi Stoke City 2-1 sekaligus mengetepikan jaringan menakjubkan daripada Charlie Adam dalam perlawanan yang berlangsung di Standford Bridge, pada awal pagi Ahad.  

Sepakan yang diambil, Eden Hazard pada minit ke-39 terlebih dahulu meletakkan pasukan Chelsea dihadapan. 

Seminit sebelum tamat babak pertama, pemain tengah dari Scotland itu mengutip bola dalam kawasannya sendiri sebelum membuat rembatan kaki kiri yang langsung menewaskan penjaga gol, Thibaut Courtois.

Gol itu mengenang kembali jaringan daripada David Beckham yang menyungkit cantik ketika menentang Wimbledon pada 1996 dan Chelsea tertekan apabila Diego Costa terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan bahagian hamstring selepas hadir di padang selama 10 minit.

Namun, Loic Remy mencetus ceria Chelsea dengan gol kemenangan pada minit ke-62 apabila menolak masuk hantaran Hazard untuk menyaksikan anak didik Jose Mourinho berada tujuh mata di hadapan dengan berbaki satu perlawanan dalam tangan.

Terdahulu, Arsenal turut mencatatkan kemenangan besar menewaskan 4- 1 ke atas Liverpool sekaligus berjaya merapatkan jurang kepada empat mata. - AFP





iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan