Bayern Benam Dortmund 1-0

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2015 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

DORTMUND: Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski muncul wira dengan jaringan tunggal untuk kemenangan 1-0 ke atas bekas kelabnya, Borussia Dortmund dalam saingan Bundesliga, Sabtu dan kekal pendahulu liga dengan kelebihan 10 mata.

Penyerang Poland itu yang menyertai Bayern musim ini mengetepikan gangguan sorakan bekas penyokongnya itu di Signal Iduna Park apabila menanduk masuk gol kemenangan dalam perlawanan besar ini.

Keputusan ini membantu Bayern mengutip 67 mata manakala Dortmund tersentak dalam buruan tiket ke Eropah apabila kekal di tangga ke-10 hasil 33 mata. - AFP


Tags / Kata Kunci: Bayern Munich

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan