Arsenal Terus Gah, Benam Liverpool 4-1

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 10:14 PM

Alexis Sanchez (tengah) meraikan kemenangan Arsenal bersama rakan sepasukannya, Olivier Giroud (kanan) dan Hector Bellerín selepas menewaskan Liverpool 4-1 di Stadium Emirates, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Tiga gol dijaringkan Arsenal dalam tempoh hanya lapan minit membuktikan pasukan itu akan terus mengukuhkan kedudukan dalam Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan 4-1 ke atas Liverpool juga membolehkan pasukan itu menempah tiket ke Liga Juara-Juara.

Hector Bellerin, Mesut Ozil dan Alexis Sanchez meledak gol pada akhir babak pertama ketika permainan dikuasai tuan rumah di Stadium Emirates.

Walaupun kapten Liverpool, Jordan Henderson merapatkan jurang dengan gol daripada sepakan penalti pada minit ke-75, bagaimanapun pelawat terpaksa bermain dengan bekalan 10 pemain selepas Emre Can dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-84.

Olivier Giroud menambah derita Liverpool apabila menolak masuk gol keempat pada minit terakhir permainan.

Ini adalah kemenangan ketujuh berturut-turut untuk Arsenal dan melonjak mereka ke tangga kedua mengatasi Manchester City. Chelsea berada empat mata di hadapan. - AP


Tags / Kata Kunci: Liverpool , Liga Perdana Inggeris , Arsenal , Ozil

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan