Barcelona Mahukan Paul Pogba - Juventus - Bola Sepak | mStar

Barcelona Mahukan Paul Pogba - Juventus

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2015 3:33 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain tengah Republik Czech, Pavel Nedved mendedahkan Barcelona berminat untuk mendapatkan Paul Pogba pada akhir musim ini.

Pogba, 22 dianggap antara pemain muda terbaik dunia apabila diberi peluang mengembangkan bakatnya selepas berhijrah dari Manchester United ke Juventus.

Prestasi baik yang ditunjukkan oleh pemain kebangsaan Perancis itu membuatkan dia dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab gergasi Eropah seperti Chelsea, Real Madrid, dan juga kelab lamanya, Manchester United.

Nedved yang merupakan Pengarah Juventus menjelaskan, Barcelona merupakan antara kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain muda terbabit pada akhir musim ini.

"Kami tahu Barca dan beberapa kelab besar berminat untuk mendapatkan Pogba tetapi beliau masih mempunyai kontrak bersama kami," jelasnya.

SDalam perkembangan lain, Nedved berkata, Juventus berkemungkinan besar akan bertemu Barcelona sekiranya kelab gergasi Itali itu berjaya melepasi halangan dari As Monaco di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.

"Kami tidak mahu bertemu Barca di peringkat suku akhir kerana mereka merupakan antara pasukan terbaik di Eropah dan antara pasukan kegemaran untuk memenangi pertandingan ini selain Bayern Munich.

Pasukan dibawah kendalian Luis Enrique kini berada di prestasi cemerlang, mendominasi Liga Sepanyol dan gandingan Messi, Neymar, dan Suarez membuatkan mereka lebih bahaya kepada pasukan lawan.

"Mereka bermain dengan baik ketika menentang Manchester City, dan Messi merupakan seorang pemain yang hebat. Messi bermain dengan baik dan konsisten setiap tahun tetapi saya rasa tahun ini dia menunjukkan prestasi terbaiknya.

"Ianya merupakan satu keseronokan untuk melihat dia beraksi." kata pemenang Ballon d'Or 2003.









Tags / Kata Kunci: Juventus , Paul Pogba
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan