FAM Bincang Perletakan Jawatan Pengurus Harimau Malaya

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2015 11:08 PM

Sudarsono (kiri) bersama jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat bagi membincangkan perletakan jawatan Datuk Sudarsono Osman sebagai pengurus pasukan kebangsaan.


Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata mesyuarat berkenaan akan menentukan sama ada perletakan jawatan Sudarsono itu diterima atau sebaliknya.

"Saya mengesahkan beliau (Sudarsono) sudah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada FAM.

"FAM akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat yang turut melibatkan Presiden (Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah) dan Exco FAM bagi menentukan sama ada perletakan jawatan itu diterima atau tidak," katanya ketika dihubungi Bernama, Khamis.

Pada Rabu, Sudarsono yang juga Naib Presiden FAM mengumumkan beliau sudah menghantar surat perletakan jawatan sebagai pengurus pasukan Harimau Malaya kepada badan induk bola sepak negara itu kerana komitmen kerja yang memerlukannya meluangkan lebih banyak masa di negeri ini.

Untuk rekod, Sudarsono yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak, dilantik sebagai pengurus pasukan kebangsaan ketika Piala AFF Suzuki 2014 yang menyaksikan Harimau Malaya berjaya mara ke final, sebelum tewas kepada Thailand.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan