Filipe Luis Gembira Di Chelsea Walau Dipinggirkan

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2015 7:16 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN pertahanan Chelsea, Filipe Luis tidak mahu meninggalkan kelab itu pada musim panas ini, walaupun sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama bimbingan Jose Mourinho musim ini.

Luis, dari Atletico Madrid menyertai Blues dengan nilai £15.8 juta pada Julai lalu tetapi telah dipinggir dalam kempen pertamanya, dengan hanya beraksi dalam tujuh perlawanan permulaan Liga Perdana Inggeris.

Mourinho kelihatan lebih memihak kepada Cesar Azpilicueta, tetapi Luis menegaskan dia gembira di Stamford Bridge dan mahu meneruskan kontrak tiga tahun yang ditandatanganinya.

"Saya gembira di Chelsea. Saya mahu kekal di kelab itu sehingga akhir kontrak saya," kata pemain berusia 29 tahun itu.

"Kami mempunyai peluang untuk memenangi Liga Perdana Inggeris. Semua orang mahu berada di kelab ini untuk cuba membantu pasukan memenangi saingan liga."

Chelsea kini berada di puncak saingan dengan mendahului enam mata di atas Manchester City.

"Adakah saingan telah berakhir? Tidak. Ia benar-benar sukar. Kami mempunyai sembilan lagi perlawanan. Perlawanan yang benar-benar sukar," kata Luis.

"Liga Perdana tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah. ​​Kita perlu menjadi lebih baik dari sebelumnya kerana permainan ini datang dengan banyak tekanan, tetapi saya rasa kami bersedia untuk menghadapi keadaan sukar yang ada."

Luis menambah: "Beliau (Mourinho) sentiasa menyatakannya kepada kami, selain daripada itu tiada apa lagi yang dikatakannya.

"Dia selalu meminta semua orang fokus dan memberi tumpuan dalam permainan dan cuba untuk memenangi setiap perlawanan yang ada."
Tags / Kata Kunci: Filipe Luis , Chelsea

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan