Terengganu Lamar Bekas Pemain Kebangsaan Kanada, Farran

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 5:43 PM

Issey Morgan Nakajima Farran

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu telah memilih bekas pemain kebangsaan Kanada, Issey Morgan Nakajima Farran, untuk mengisi slot pemain import dalam usaha memantapkan jentera serangan pasukan itu pada baki saingan Liga Super musim ini.

Pemain berusia 31 tahun itu yang pernah beraksi dalam Liga Inggeris bersama kelab Crystal Palace, menandatangani kontrak di hadapan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Marzuki Sulong, pada majlis ringkas di pejabat PBSNT di sini, Rabu.

Turut hadir Setiausaha PBSNT, Arpin Draman dan ketua jurulatih Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim.

Marzuki, yang juga pengurus pasukan, berkata pengambilan Farran itu bagi menggantikan pemain import dari Lubnan, Hassan Chaito yang ditamatkan kontrak kerana mengalami kecederaan.

Menurutnya kontrak Farran adalah sehingga tamat musim Liga Malaysia, November ini.

Katanya, beliau berharap pemain itu dapat diturunkan ketika Terengganu bertemu Perak pada suku akhir Piala FA, di sini, 7 April ini.

Dalam pada itu, Rahman berkata corak permainan Farran memang sangat dicari-cari dan sangat sesuai digandingkan dengan penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Farran , Liga Super , Terengganu , Arpin Draman

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan