LA Galaxy Sedia Rumah Mewah Untuk Steven Gerrard

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 5:41 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS ketua pasukan England, Steven Gerrard akan menyertai kelab Amerika Syarikat, LA Galaxy musim depan setelah 17 tahun bersama Liverpool dan tampak bersedia untuk membuat perpindahan tersebut setelah mengenalpasti kediaman yang bakal didiami.

Ketua Pasukan Liverpool itu dikatakan akan berpindah ke rumah agam di Malibu bersama isteri dan tiga orang anaknya apabila melengkapkan perpindahan ke kelab LA Galaxy.

Menurut laporan, rumah agam yang dianggarkan bernilai £16.8 juta  (RM 92 juta) itu telah diberikan oleh kelab barunya yang akan membayar sewa mingguan sebanyak £13,400 (RM 73,500) sepanjang dua tahun kontrak Gerrard bersama pasukan terkemuka Amerika itu.

Gerrard juga dilaporkan sedang dalam perancangan untuk membina sebuah rumah di kawasan mewah di Merseyside.

Rumah baru beliau di Amerika mempunyai enam bilik tidur, sembilan bilik mandi, serta dihidangkan pemandangan gunung serta Lautan Pasifik.

Rumah agam yang terletak di kawasan Karbon Canyon, Malibu dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Los Angeles serta pantai Santa Monica itu juga mempunyai bilik senaman, bilik urut dan sauna, juga kolam renang yang cantik di bahagian luar.

Kediaman baru keluarga Gerrard turut dilengkapi dengan bilik tayangan dan bilik sukan yang terdapat meja biliard dan serta bar.

Menerusi gambar-gambar yang disiarkan, rumah agam tersebut mempunya kualiti tinggi dan dapat dilihat ciri-ciri rumah tersebut adalah gabungan reka bentuk kontemporari dan klasik, sesuai dengan gaya hidup mewah California.

Ini merupakan satu perubahan besar untuk Gerrard dan keluarganya, mengikut jejak langkah David Beckham yang berpindah dari Real Madrid ke LA Galaxy pada tahun 2007.

"Bola sepak adalah kehidupan saya dan saya akan terus bermain untuk beberapa tahun lagi," kata beliau mengesahkan perpindahan ke Amerika.

"Saya tidak akan kesana untuk bercuti atau bersuka ria, saya ke sana untuk menang dan saya akan lebih gembira jika dapat bermain dengan baik dan menang.

"Ia merupakan seperti bonus kerana LA Galaxy terletak di kawasan yang menarik dan ianya bagus untuk keluarga saya merasai suasana baharu," kata Gerrard.

Pegawai kelab tersebut mengesahkan pihaknya sedang membantu Gerrard dan keluarganya membuat persiapan sebelum pemain tersebut berpindah ke Amerika.

Gerrard pulang ke Liverpool setelah berada di Los Angeles untuk mencari kediaman baru mereka.

Pemain terbabit dikatakan akan berpindah seawal Jun apabila kontraknya bersama Liverpool berakhir pada akhir Mei.

Tags / Kata Kunci: Steven Gerrard , Liverpool , LA Galaxy

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan