Liverpool, PSG Intai Norberto Neto - Ejen

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 8:02 AM

Norberto Neto.

(Ubah saiz teks)

EJEN kepada penjaga gol Fiorentina, Norberto Neto mengingatkan kepada Juventus bahawa dia sukar untuk menjamin penyertaan kliennya dalam pasukan itu. Ini disebabkan terdapat beberapa kelab lain yang berpotensi besar mengambil perhatian terhadap Neto.

Ketika ini, beberapa kelab lain mempunyai minat yang sama untuk mendapatkan Neto adalah Liverpool dan Paris Saint-Germain (PSG). Bilangan kelab yang mahukan penjaga gol kelahiran Brazil itu dipercayai akan bertama kerana belum lagi memuktamadkan sebarang nilai tawaran perpindahan.

Ini kerana kontrak Neto bersama Fiorentina akan berakhir pada akhir musim 2014/15 dan ia tidak akan dilanjutkan.

Juventus dan Roma menjadi kelab pertama yang mahu mendapatkan khidmatnya sebagai gantian kepada penjaga gol mereka iaitu Gianluigi Buffon dan Morgan de Sanctis yang sudah lama bersama dengan pasukan masing-masing.

"Ada banyak kelab di Eropah yang tertarik dengan Neto, contohnya seperti Liverpool dan Paris Saint-Germain. Dari Spanyol juga ada kelab pada kedudukan teratas yang sedang mengintai dia. Real Madrid? Kita lihat saja nanti," kata ejen Stefano Castagna kepada Gazzetta TV.

"Semua kelab teratas mempunyai cadangan untuk mendapatkan penjaga gol. Akan ada persaingan untuk merebut kedudukan penjaga gol paling utama sekiranya bermain dalam salah satu pasukan terbaik di dunia," tambah Castagna.

Tags / Kata Kunci: Norberto Neto

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan