Lucas Moura Nyaris Sertai Manchester United

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 7:34 AM

Lucas Moura.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Paris Saint-Germain (PSG), Lucas Moura nyaris menyertai Manchester United, perkara itu didedahkan sendiri oleh ejennya, Wagner Ribeiro.

Insiden itu berlaku pada 2012 semasa Moura masih lagi bersama pasukan Sao Paulo.

Menurut Ribeiro, Manchester United dikatakan sudah mempersiapkan peruntukan bernilai 22 juta pound (RM120.85 juta).

Bagaimanapun, hasrat kelab Red Devils untuk mendapatkan khidmat Moura tidak kesampaian.

Tawaran bernilai 33 juta pound (RM181.28 juta) daripada Paris Saint-German rupa-rupanya telah berjaya mengalahkan Manchester United dalam bidaan itu.

"Manchester United berani membayar 22 juta pound. Gustavo Vieira (pengurus Sao Paulo) sudah berada di Manchester ketika itu untuk memuktamadkan perpindahan," kata Wagner Ribeiro kepada Yahoo!.

"Saya menghubungi Leornado (Pengarah Sukan PSG) yang juga tertarik pada Moura. Saya beritahu dia bahawa Gutavo telah berada di Manchester dan dia perlu datang segera ke Paris. 

"Dia akhirnya memuktamadkan tawaran perpindahan dengan nilai 33 juta pound," kata Ribeiro mengimbas kembali saat itu.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan