Kelayakan Piala AFC B23: Vietnam Pesta Gol 7-0 Ke Atas Macau

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2015 9:59 PM

Pasukan Vietnam berpesta gol ke atas Macau.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pasukan Vietnam mencerahkan peluang ke pusingan akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23, Januari tahun depan selepas mencatat kemenangan kedua pada aksi terakhir kumpulan I pusingan kelayakan pada petang Isnin.


Kemenangan besar 7-0 ke atas pasukan tercorot, Macau memastikan mereka mengiringi Jepun yang sudah mengesahkan slot ke pusingan akhir lebih awal selepas meraih dua kemenangan pada aksi kumpulan I.

Vietnam yang mendapat jolokan 'The Fiery Reds' pula menang 2-1 ke atas Malaysia pada aksi pembukaan kumpulan, Jumaat lepas namun kalah 0-2 kepada Jepun, selang dua hari kemudian di venue yang sama.

Beraksi dalam keadaan padang becak akibat hujan lebat yang turun sebelum perlawanan, nyata tidak menggugat semangat pasukan Vietnam kendalian jurulatih dari Jepun, Toshiya Miura bagi memburu gol awal.

Pesta gol mereka bermula menerusi jaringan Ho Ngoc Thang seawal minit ketiga perlawanan sebelum penyerang, Le Thanh Binh menambah gol kedua, selang dua minit kemudian.

Penyerang berbisa, Nguyen Cong Phuong menambah derita pasukan Macau dengan gol ketiga pada minit ke-19 sebelum Thanh Binh menambah dua lagi gol pada minit ke-21 dan minit ke-43.

Cong Phuong menjaringkan gol keenam untuk Vietnam menerusi sepakan penaltipada masa kecederaan separuh masa perlawanan.

Bersambung babak kedua, Vietnam yang mendapat sokongan hampir 300 penyokong, kembali meneruskan asakan dan Cong Phuong melengkapkan kemenangan selesa dengan gol ketujuh menerusi Cong Phuong pada masa tambahan separuh masa kedua. 

Berdasarkan format kejohanan, juara daripada setiap 10 pasukan dan lima pasukan kedua terbaik pusingan kelayakan layak beraksi di pusingan akhir manakala Qatar layak secara automatik selaku tuan rumah. 

Tags / Kata Kunci: Kelayakan Piala AFC , Kumpulan 1 , Vietnam

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan