FAM Pinda Jadual Liga, Beri Laluan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 11:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan meminda beberapa jadual Liga Premier dan Liga Super bagi memberi laluan kepada perlawanan persahabatan antarabangsa.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pindaan itu juga mengambil kira jadual persatuan bola sepak negeri dan kelab yang layak ke suku akhir Piala FA serta pasukan terlibat dalam kejohanan Piala AFC 2015.

Pasukan Pilihan Malaysia akan berdepan dua pasukan Liga Perdana Inggeris iaitu Tottenham Hotspur dan Liverpool FC pada Mei dan Julai ini.

Anak buah Dollah Salleh akan berdepan skuad bimbingan Mauricio Pochettino pada 27 Mei dan Liverpool pada 24 Julai.

"Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM (Datuk Seri Afandi Hamzah) memutuskan beberapa pindaan jadual perlawanan Liga Super dan Liga Premier 2015 perlu dibuat bagi memberi laluan kepada pasukan Pilihan Malaysia menghadapi perlawanan antarabangsa tersebut," katanya dalam kenyataan, Isnin.

Jadual Liga Super terlibat adalah perlawanan ke-11 pada 30 Mei yang dipinda kepada 27 Jun, perlawanan ke-15 pada 27 Jun diawalkan kepada 23 Jun dan perlawanan ke-17 pada 25 Julai dipinda kepada 5 Ogos. -- Bernama



Tags / Kata Kunci: FAM , Liga Super , Tottenham Hotspur , Liverpool

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan