Liga M: Azraai Akan Bariskan 'Pendekar Muda' Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 3:01 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Juara treble 2012, Kelantan akan membariskan beberapa muka baru yang terdiri daripada pemain muda bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia musim ini.

Ketua jurulatihnya yang baharu, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, beliau akan meneruskan tradisi dengan membariskan tenaga muda dalam usaha mengembalikan kegemilangan "The Red Warriors".

Jika dilihat pada rekod Azraai sebelum ini, beliau banyak menerap dan memberi peluang kepada pemain-pemain muda untuk beraksi bersama skuad utama.

Jurulatih berpengalaman itu juga pernah melahirkan pemain muda berkualiti untuk negara seperti Badrol Bakhtiar, Mohammad Khyril Muhymeen Zambri dan Ahmad Syakir Mohd Ali.

"Saya akan menilai pemain-pemain muda pasukan Kelantan dan jika ada yang berpotensi, sudah tentu pemain tersebut akan diberi peluang untuk beraksi bagi skuad utama", kata beliau ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Menurutnya, pemain-pemain muda yang mempamerkan kesungguhan dalam permainan dan berpontensi tinggi  tidak perlu menunggu lama sebaliknya akan dipilih terus untuk mewakili Kelantan.

"Jika ada pemain yang menunjukkan prestasi cemerlang dan kematangan dalam permainan, saya rasa mereka harus diberi peluang  beraksi dengan pasukan utama tanpa perlu menunggu masa yang lama," jelasnya.

Azraai memberitahu, pihaknya telah mula mengesan bakat muda di negeri itu menerusi tinjauan terhadap beberapa perlawanan.

"Saya juga menonton perlawanan Piala Belia di antara pasukan Kelantan menentang Johor Darul Takzim (JDT) dan saya amat berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan kerana ada beberapa pemain yang berpotensi untuk beraksi dengan skuad utama," tambahnya.

Azraai bakal mengharungi perlawanan pertamanya sebagai ketua jurulatih Kelantan menentang pasukan Terengganu pada 4 April ini.





Tags / Kata Kunci: Kelantan , Liga Malaysia

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan